Hasilan Karya Warga SMK Jalan Mengkibol.

Salam,
Blog ini dibina dengan tujuan untuk memberikan peluang kepada semua warga SMK Jalan Mengkibol untuk menghasilkan karya kreatif seperti sajak, pantun, gurindam, cerpen dan seumapanya sebagai satu wadah menyampaikan mesej kepada masyarakat dan mengasah bakat penulisan masing.masing.

Tuesday 5 October 2010

Jom Kita Bertempur


Masa telah sampai
untuk kita turun bertempur
dipadang usia

tajamkan senjata akal mu
jenuh diasah para guru
tingkatkan upaya fokusmu
mengutip kembali titisan-titisan barakah
dari bibir gurumu yang kering bertahun

cantum kembali segala langkah
ketika menyatu nota dan
susunan peta minda
yang kau canai

di dada jawapan tersedia

Nah, tikanya telah sampai
hamburkan segalanya.....
Moga  citra menjunjung pawana

mlyn02@yahoo.com

Tuesday 31 August 2010

Cerpen : Ballet

TAJUK : BALLET
Pada petang itu hujan turun dengan lebatnya, di satu sudut penjuru Anjung Seri rumah duduk seorang gadis dalam sebuah buaian yang diayun sendiri. Gadis yang putih melepak kulitnya,  tebam pipinya dan  gempal tubuhnya sedang berangan untuk menjadi penari ballet.

“Ehm… kalaulah aku jadi seorang penari ballet, mesti ramai peminat aku.”
“Anissssssssssss!!!!! Di mana kau? Aku sibuk  memasak di dapur. Dia hilang macam itu saje.Aku suruh ambil daun pandan. Daunnya tak sampai-sampai,orangnya entah ke mana?. Bertuah punya budak.” Kedengaran bebelan ibuku. “Di sini rupanya kau. Kau buat apa di sini, Terpusing-pusing, lah menari lagi? Asyik berangan aja, satu kerja pun tak menjadi. Sudah-sudahlah Anisss. Jangan asyik nak berangan aja. Angan-angan tanpa usaha tidak akan menjadi kenyataan.” Puan Asmah meneruskan bebelannya.
“ Menari balletlah mak.”
“ Tak kisahlah.Mari tolong aku di dapur. Cepattttt!! Jangan berat tulang nanti lagi gemuk badannya.” Puan Asmah menarik telinga anaknya itu.                                                                                        
        Pada pagi Isnin, Anis ke sekolah seperti biasa, sedang dia berjalan menuju ke kelas, dia terlihat suatu notis di papan kenyataan bahawa wujud kelab ballet. dia senyum sampai ke telinga apabila terbaca kelab itu terbuka kepada semua pelajar. Dengan tak semena-menanya, datang dua orang rakan karibnya, Samantha Tan Ah Ying dan Pratisyah.
                                                  1
            “Woi kawan  kau tengah buat apa itu?” Sapa Samantha dari belakang. “Aku tengah jemur baju.Kawan-kawan ada kelab barulah kelab ballet.best ini. Mari kita sertai.”
“Malaslah kami. Kami bukan suka menari pun, kalau kami menari macam kayu.”Mereka ketawa terbahak-bahak dan menuju ke kelas.
       Lonceng berbunyi menandakan waktu rehat. Anis keluar dengan pantas meninggalkan rakan-rakannya. Anis berlari menuju ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Wong iaitu jurulatih tarian ballet.
            “Selamat sejahtera cikgu.”  
“Selamat sejahtera.Ya Anis kenapa?”
“Tujuan saya berjumpa cikgu kerana saya berminat untuk menyertai kelab ballet itu. Saya mahu menjadi seorang penari ballet,”
           
       Dari jauh kelihatan Amira, Syakila dan Mee Fong datang sambil senyum sinis kepada Anis. Melihat mereka hajatnya mula gugur, tanpa berfikir panjang Anis pergi meninggalkan bilik guru tanpa mendapat jawapan daripada Cikgu Wong
Ada hati budak gemuk ini mahu menjadi penari ballet,” Jerit Amira sambil  kedengaran gelak tawa rakan-rakannya.
            “GEMUK!! GEMUK!! GEMUK!! Badan macam tong gas. Ha!Ha!Ha!”mereka mengejek sambil mengetawakan Anis yang berlalu pergi tanpa menoleh belakang.
                                                    2
        Pada keesokan paginya, Anis diminta berjumpa dengan Cikgu Wong. Anis berjalan perlahan-lahan menuju ke bilik guru.
“Selamat pagi, cikgu. Apa hajatnya cikgu ingin berjumpa saya?”Anis bertanya sambil senyum.
“Saya ingin membincangkan soal Kelab Ballet itu. Begini, Anis boleh menyertai Kelab Ballet ini, tapi kamu perlulah menurunkan berat badan kerana tiada kustum yang awak boleh pakai jika saiz badan awak seperti ini. Petang ini, saya akan mengadakan perjumpaan antara ahli-ahli kelab. Bolehlah Anis datang untuk uji kebolehan Anis.”
“Ehm, maafkan saya cikgu, saya bukan mahu menolak tetapi setelah saya berfikir panjang, saya rasa saya ingin menarik diri. Saya tidak sesuai untuk menjadi penari ballet dengan saiz badan seperti ini meskipun saya mempunyai bakat menari.”
“Anis mengapa kamu cepat berputus asa,sebelum ini kamu tidak pernah begini. Kamu harus memberikan keyakinan kepada diri kamu. Jangan risau saya akan menolong kamu menurunkan berat badan dalam masa yang singkat.”
“Betulkah cikgu ingin menolong saya?”
“Sudah tentu, itu adalah salah satu tugas seorang guru.Tetapi kamu haruslah mematuhi segala pantang larang yang akan saya beritahu petang ini. Datanglah Anis, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”
3
“Baiklah cikgu, saya akan hadir. Maaf cikgu waktu persekolahan sudah bermula saya ingin mengundurkan diri.”Anis meninggalkan Cikgu Wong dan terus menuju ke kelas.
Pada petang itu, Anis meminta izin ibunya untuk pergi ke sekolah. Sampai sahaja di sekolah, Anis pergi ke tempat perjumpaan yang telah diberitahu. Sampai sahaja di situ….
“Kawan-kawan lihat ada budak gemuklah dalam kelab kita ini.”jerit Syakila dan Mee Fong.
Seluruh kelas bergema kerana masing-masing mentertawakan Anis.
Ada hati budak gemuk ini nak masuk kelab kita. Boleh ke dia menari?Jangan asyik jatuh macam nangka busuk ketika latihan sudah.”Amira mengejek.

“Eh apa kamu semua ini. Tidak baik tahu mengejek orang. Macamlah kamu semua pandai menari.” tegur Syahira, pengerusi Kelab Ballet itu.
Anis dengan malunya keluar dari bilik itu tetapi dihalang oleh pengerusi kelab itu yang bernama Syahira dari Tingkatan 5 Sastera.
            “Eh! tunggu, awak mahu ke mana?” Halang Syahira
“Apa kau sibuk tadi bukan mengejek aku sekarang pura-pura ambil tahu pula. Hipokrit betul.”
“Sampai hati awak berkata seperti itu. Saya berniat baik untuk berkawan dengan awak.”
                                               4
“Saya mintak maaf, bukan itu maksud saya. Nama saya Anis, pelajar dari tingkatan 4 Akaun, pelajar baru di sini.”
“Oh tak mengapa. Saya Syahira dari tingkatan 5 Sastera.”
Cikgu Wong masuk memperkenalkan diri dan mereka meneruskan latihan teori mereka tentang ballet.
       Selepas sebulan mereka menyertai, Anis dan Syahira diberi pujian oleh Cikgu Wong kerana kebolehan dan kecekapan mereka menari dengan lemah lembut dan berdisiplin. Mee Fong, Syakila dan Amira sering dimarahi oleh cikgu kerana mereka tidak berdisiplin ketika waktu latihan.
        Dengan berkat dan usaha yang gigih, Anis berjaya menurunkan berat badannya dari obesiti kepada normal. Anis sangat berterima kasih kepada Cikgu Wong, emak dan ayah serta rakan-rakan karibnya kerana memberi sokongan kepadanya hingga Berjaya menurunkan berat badan dan menjadi penari ballet.
         Pada 16 Mei 2008, Anis ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Wong. Anis memmberikan hadiah dan bunga kepada cikgu Wong sempena Hari Guru pada hari itu. Cikgu Wong menerima dengan hati yang gembira. Sementelah itu, Cikgu Wong menahan Anis.
“ Sebentar Anis, cikgu ada perkara hendak beritahu Anis. Begini, cikgu dapat surat dari kementerian, mereka meminta sekolah kita menghantar seorang wakil untuk masuk Pertandingan Tarian Ballet peringkat Negeri. Jadi saya ingin menghantar awak ke sana. Jika tiada apa-apa halangan, sudilah kamu memenuhi hajat cikgu ini. Ini peluang emas Anis,ada
                                           5
baiknya kamu jangan menolak.
            “ Terima kasih cikgu kerana memberi saya peluang untuk menyertai pertandingan ini. Saya menerima tawaran cikgu itu.”

      Anis terperanjat bercampur gembira,tanpa berfikir masak-masak,bersetuju untuk menyertainya.Anis keluar dari bilik guru dengan gembira.dia memberitahu Samantha dan Pratisyah mengenai pertandingan itu. Mereka turut bergembira atas pencapaian Anis.
        Seminggu selepas pertandingan itu, Anis diberitahu bahawa dia mendapat johan dalam pertandingan itu dan dapat menyertai pertandingan tarian ballet pada peringkat antarabangsa. Anis bersorak gembira bersama rakan-rakannya. Amira dan rakan-rakan tertunduk menyesal kerana menghina Anis dahulu. Amira dan rakan-rakan memohon ampun atas kesalahan mereka  dan meminta Anis mengajar mereka menari.

                                                                         ( 960 PATAH PERKATAAN)

Disediakan oleh:

Hajar Syahira Binti Khalid
SMK Jalan Mengkibol.
Kluang, Johor.

CINTA DAN KASIH SAYANG

CINTA  DAN  KASIH SAYANG

1.    Apakah  Cinta dan Kasih Sayang?

               Cinta dan Kasih Sayang merupakan satu perasaan cenderung dan tertarik hati seseorang kepada seseorang ataupun sesuatu benda lain secara mendalam dan tidak dapat digambarkan.  Namun begitu cinta dan kasih sayang yang paling utama ialah kasih kepada Yang Maha Pencipta yang merupakan cinta dan kasih  paling agung.

2.    Mengapa Cinta dan Kasih Sayang penting?

              *Cinta dan Kasih Sayang menjadikan seseorang individu memberi perhatian,   perasaan dan jiwa raganya terhadap orang yang disayanginya atau benda yang disukainya. 
              
               *Cinta dan Kasih sayang menjadikan manusia sanggup dan rela mengorbankan tenaga dan masa hingga memperoleh hasil yang luar biasa.

               *Tanpa cinta atau kasih sayang sesuat kerja dilakukan ambil lewa dan hasilnya mengecewakan. 

#   Oleh itu,  binalah rasa cinta dan kasih sayang.
3.                Siapakah insan yang wajar pelajar berikan cinta
          dan kasih sayang?.

               Bertunjang cinta dan  kasih sayang kepada Tuhan
               sebagai kasih yang agung,
               Ingatlah anak-anakku
               Berilah  cinta dan  kasihmu kepada Ibu, Bapa dan Guru. Cinta dan kasihmu kepada mereka
               Akan menjadikan dirimu
               Sebagai seorang yang patuh dan setia
               Tanpa berbelah bahagi demi membentuk dirimu
               sebagai Modal Insan
               Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
               Ingatlah anakku,
               Janganlah tersilap memberi cinta dan kasih sayang,
              Tersilap langkah membawa padah.  

1 MALAYSIA

1 MALAYSIA

1 Malaysia
Lahirmu dari cetusan
Minda Perdana Menteri kita,
Semangat perpaduan dipupuk,
Patriotisme....... diperkukuh,
dalam sanubari rakyat tercinta,
demi rasa sepakat
dalam usaha menjulang nama Malaysia
di persada dunia.

1 Malaysia
Darimu lahirlah warga Malaysia,
berbilang bangsa,
berbeza agama,
berbeza tutur bicara,
Namun mampu bersama,
Membina kegemilangan,
di bawah payung kemakmuran
Dengan kata sepakat
Keranamu 1  Malaysia.

1 Malaysia
Betapa kini kita semakin dewasa,
Dalam kematangan berbicara
Menghitung langkah,
mengukuh nilai diri,
membina jati diri
Mengadun suka duka arus kemodenan,
Membangkit semangat antara kaum
Memenuhi visi 1 Malaysia
Memenuhi jiwa anak bangsa
Demi mengangkat martabat
Dengan satu laungan
Menjana Kecemerlangan Warga
Menjana Kegemilangan Negara

Nukilan :
   Nur Faiznurnisa bt Abd Rahman
                                              5PA2

Gurindam Perumpamaan

                                      Gurindam Perumpamaan
                                      Nukilan  :   Pn Aishah Mohamad

Seperti aur dengan tebing,                                  Seperti rumput di tepi jalan,
Kerja sepakat, selalu berganding.                        Hidup merempat tidak dipedulikan.      


Bagai pinang dibbelah dua,                                 Bagai menatang minyak yang penuh,
Pasangan sepadan, sehati sejiwa.                         Anak disayang, ditatang seluruh.


Seperti enau dalam belukar,                               Seperti Belanda minta tanah,
Pentingkan diri, sentiasa mungkar                      Orang yang tamak, tidak berhemah.


Bagai melepas batuk di tangga,                           Bagai merpati dua sejolo,
Kerja dilakukan ala kadar sahaja.                        Pasangan kekasih memadu kasih.


Seperti ular kena palu,                                        Seperti kera mendapat bunga,
Jalan dilalui, berliku-liku.                                    Pemberian orang tidak dihargai.


Bagai ayam disambar helang,                              Bagai pungguk rindukan bulan,
Barang di tangan, tiba-tiba hilang.                       Hidup berangan, hajat tidak kesampaian.


Seperti pahat dengan penukul,                           Seperti katak di bawah tempurung,
Kerja dibuat, setelah ditegur.                              Pengalaman terhad, hidup terkurung.


Bagai isi dengan kuku,                                        Bagai rusa masuk kampung,
Sahabat karib, bukan seteru.                               Benda yang baru, mulut terlopong.


Seperti kaca terhempas ke batu,                         Seperti hujan jatuh ke pasir,
Harapan musnah, satu persatu.                          Nasihat diber, hanya membazir.


Bagai bulan dipagar bintang,                              Bagai kacang lupakan kulit,
Gadis cantik, sungguh gemilang.                         Budi disemai, hilang seminit,

Panorama SJM

Panorama SJM

Terlipat kaki, alangkah sakit,
     Lenguh meniti, jambatan galah;
Penat mendaki, ke puncak bukit,
     SJM menanti, tersergam indah.

Menganyam  atap, di tepi titi,
     Memintal sabut, di tepi penambang;
Di ” Pit Stop”, pelajar tenang menanti,
     Ibu bapa menjemput, hati tak bimbang.

Pisang kaki, tidak berduri,
     Pisang emas, tidak berbuah;
Tangga dinaiki, laluan disusuri,
     Hujan dan panas, pelajar tak gundah.

Makan pulasan, di tengah rumah,
    Anak rusa, meniup lilin;
Taman Wawasan, tempat berkhemah,
     Selamat selesa, perpaduan terjalin.

Burung helang, burung penguin
     Kicauan unggas, di pohon kerdas;
Gelanggang Gemilang termpat bermain,
    Pelajar cergas, minda pun cerdas.

Kacau penganan, di rumah Lajat,
     Digigit lipan, berjurai keringat;
Pentas Perhimpunan, Dataran Kejat.
     Taklimat ucapan, pembakar semangat.

Anak buaya, di dalam pukat,
     Menebar jala, di Teluk Sengat;
Di Arena Budaya, menonjolkan bakat,
     Di Astaka pula, memerah keringat.

Pak cik Sharif, makan pegedil,
     Mak cik Hajar, memakan jamu;
Blok Arif, hingga ke Fadhil,
     Tempat pelajar menimba ilmu
  
Pohon rembia, si pohon kana,
     Pohon berangan, di hujung sana;
Surau tersedia, rohani dijana,
     Rempuh halangan, fizikal dibina.

Ke Pulau Indah, bersama PK HEM
     Ke Tanjung Permai, membeli kerusi;
Demikianlah indah, panorama SJM,
    Tenang dan damai, menggapai visi.

                           Cetusan minda;
                                       Pn.  Aishah bt Mohamad.